Di Sebalik Tabir Imagikata: Sinar Gallus oleh Ikmal Ahmad

Ikmal Ahmad menceritakan kisah bagaimana cerpennya yang bertajuk Sinar Gallus dihasilkan. Cerpen ini dimuatkan di dalam Antologi Cerpen X-traordinari Imagikata, yang boleh dibeli secara atas talian di Bookcafe.com.my.

imagikata

Untuk menceritakan kisah di sebalik tabir cerpen Sinar Gallus ini, adalah sedikit sukar kerana ada beberapa perkara perlu dijelaskan terlebih dahulu tetapi saya tidak tahu di mana saya harus mulakan. Jadi, saya mulakan dengan huraian tajuk cerpen ini dahulu.

Perkataan “sinar” itu menurut saya tidak berapa komersial bunyinya. Tetapi saya ada justifikasi mengapa saya memilih perkataan “sinar” dan sebabnya adalah perkataan “sinar” itu tidak mendatang gangguan emosi apabila pembaca membaca perkataan itu berbanding “radiasi”. Perasan ada satu perasaan negatif baru sahaja menyinggah di dalam kepala anda selepas membaca perkataan “radiasi”? Itu adalah sebab utama saya memilih perkataan “sinar”. Sejak di zaman universiti lagi saya dididik supaya cermat dalam memilih perkataan agar mesej yang ingin disampaikan tidak gagal dalam first impression. Lebih-lebih lagi dalam menyampaikan ilmu berkaitan nuklear kepada umum.

“Gallus” pula adalah ringkasan yang diambil daripada nama saintifik yang berbunyi Gallus Gallus Domesticus atau dalam bahasa yang kita semua faham, ayam. Jadi apa kaitan sinaran dan ayam?

Disebabkan saya adalah seorang graduan Sains Nuklear dan seperti yang saya jelaskan tadi, nuklear mempunyai imej yang buruk – dengan mendengar perkataan “radiasi” atau “nuklear” sahaja sudah cukup untuk membuatkan kebanyakan orang tidak senang duduk, saya rasa terpanggil untuk mendidik orang awam atau pembaca Imagikata secara khususnya mengenai nilai sebenar nuklear itu.

Tidak dinafikan, radiasi boleh membawa ancaman kepada kesihatan disebabkan oleh keupayaannya dalam merosakkan sel badan. Tetapi tidak bermakna kita boleh menutup mata daripada melihat kebaikan yang ditawarkan oleh radiasi itu sendiri. Seperti air, menjadi asas kehidupan tetapi kuantiti air yang banyak mampu menenggelamkan bandar. Begitu juga dengan api. Api membolehkan kita memasak tetapi dengan api yang besar mampu membakar rumah. Jadi, apa yang ditawarkan radiasi?

Salah satu aplikasi nuklear atau radiasi adalah dalam bidang pensterilan. Peralatan perubatan seperti forsep, picagari, dan kasa dimasukkan ke dalam plastik kedap udara untuk menjalani proses pensterilan. Caranya adalah menggunakan radiasi yang boleh menembusi plastik kedap udara itu untuk menghapuskan mikroorganisma yang wujud pada peralatan perubatan atau dalam bahasa mudah, bebas bakteria sebelum dihantar ke hospital atau farmasi.

Konsep yang sama juga diaplikasi pada makanan lalu wujudnya cabang bidang yang dinamakan Penyinaran Makanan. Makanan disinar dengan sinaran mengion seperti sinar gama daripada sumber Cobalt-60 dan Cesium-137, sinar-X, dan alur elektron. Dos yang digunakan diasingkan kepada tiga kategori; Radappertization (20 – 30 kGy) yang bertujuan untuk mensterilkan produk makanan, Radurization (1 – 10 kGy) yang digunakan untuk menghapuskan patogen tertentu, dan Radicidation (kurang 1 kGy) bagi melanjutkan jangka hayat simpanan dan mengelakkan percambahan mikroorganisma.

Makanan seperti ayam, itik, lembu, buah, dan sayuran segar yang kita makan boleh disinar dengan sinaran ini dan ianya selamat untuk dimakan.

Kembali kepada soalan apa kaitannya ayam dan nuklear dalam cerpen Sinar Gallus ini. Ayam hanyalah objek yang saya gunakan dalam menyampaikan ilmu berkaitan nuklear. Namun begitu, ayam tidak dijadikan objek semata-mata. Saya turut sisipkan maklumat berkaitan ayam yang kita tidak pernah dengar atau sekurang-kurangnya mengingatkan semula.

Imagikata - Ikmal Ahmad

Untuk mengetahui kisah yang ingin disampaikan cerpen Sinar Gallus, dapatkan buku antologi cerpen X-traordinari Imagikata.

~

Ikmal Ahmad merupakan novelis Velvet (2015) terbitan Fixi dan Selumbar (2016) terbitan Rumah Lipur Lara.

Advertisements

3 thoughts on “Di Sebalik Tabir Imagikata: Sinar Gallus oleh Ikmal Ahmad

  1. banyak kegunaan nuklear ini sebenarnya. selain menjana tenaga elektrik, ia diaplikasi dalam bidang perubatan (contohnya pengimejan, radioterapi), pertanian (contohnya teknik serangga mandul yang digunakan untuk memandulkan serangga perosak yang boleh memusnahkan ladang jika populasi serangga itu tidak dibendung), ujian tanpa musnah (contohnya menggunakan radionuklid untuk mencari kebocoran paip).

    tapi menurut pandangan majoriti orang awam, nuklear sangat sinonim dengan bom. jika bom yang dimaksudkan sebagai salah guna nuklear, bom nuklear sebenarnya bukan senang untuk dihasilkan. banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memperkaya bahan radioaktif itu untuk dijadikan sebiji bom.

    tidak dinafikan letupan bom nuklear merosakkan ekosistem dalam jangka masa yang panjang. tetapi ianya bergantung kepada niat orang yang mengendalikan nuklear. jika jahat niatnya, malapetaka jadinya. jika baik niatnya, insyaallah, manusia akan memiliki kehidupan yang lebih baik.

    Liked by 2 people

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s